Saturday, April 23, 2011

sahabat smpai mati..=)

eRti sahaBAt
hyee.. sejak dua menjak ni, suke sangat buat entry tentang kawan.. maybe tengah mood mcm tuh kot.. hehehe.. ape tu kawan? sahabat?
Sahabat, ada ertinya nilai yang harus jadi cermin diri..namun siapa tahu jika kau adalah sahabat sejati jika hatimu tidak memahami erti..
Kiranya aku jadi sedih kerana manusia banyak menipu atas nama sahabat. Aku sedih manusia sanggup mengkhianati perasaan sahabatnya demi kepentingan diri. Manusia menutup mata di waktu sahabat dalam kesusahan.
Kiranya aku mengerti bukan wang adalah segala-galanya, namun kerana wang manusia ramai yang jadi tamak haloba. Mencari dunia yang serba sementara dan penuh dgn dugaan..
Kiranya aku pasti seorang sahabat cuma memerlukan keikhlasan..dan cukuplah sekadar nasihat yang membina dan kejujuran, namun sahabat sering salah menduga..
Kiranya manusia banyak salah sangka dan mengerti. Namun di manakah erti persahabatan itu sahabatku. Jika tiba-tiba kau lari di saat waktu aku perlukan nasihatmu. bukannya wang ringgitmu atau apa sahaja yang lain.
Manusia jadi luntur dalam memahami maksud persahabatan. Mengapa di saat waktu kau sedari aku terlalu baik untukmu , maka kau melarikan diri? kerana kau sedari perasaanmu tidak hanya menganggap ia persahabatan.
Mengapa mudah bagimu menilai insan. Baik buruk setiap insan adalah lumrah. Apa salahnya pada erti persahabatan..
tidak aku tujukan pada sesiapa kerana ia tidak merujuk sesiapa tetapi pada sekalian yang membacanya. walau mungkin kita kenal dalam tulisan yang jadi penghubungnya, namun apakah erti persahabatan itu akan pudar?
Belajarlah memahami erti persahabatan tanpa mengharapkan apa-apa..cukuplah hanya keikhlasan..tapi jika keikhlasan itu tidak cukup, maka apakah itu di namakan sahabat sejati..?
(adapted from someone)
fikirkan la ye kawan-kawan.. yelaa, ade mase we laugh, we enjoy.. at one time, kita same2 la ingat mengingatii...
to all my fren, live life to the max (ciplak fly.fm skett).. to all my new fren, hellooo... nice to know u.. to all bloggers, keep on blogging yaaa..
*renung-renungkan dan selamat beramal...*











No comments:

Post a Comment